Pemain Perak mula 'angkat kaki' ketika musim belum berakhir - Utusan Malaysia

Pemain Perak mula ‘angkat kaki’ ketika musim belum berakhir

AZRI GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Belum pun habis musim bola sepak 2021, dua pemain Perak sudah dipancing pasukan lain

Kedua-dua pemain muda itu iaitu Azri Ghani dan Adib Raof dikatakan sudah memohon pelepasan daripada majikan mereka.

Adib dikatakan menerima tawaran dari sebuah pasukan di utara tamah air manakala Azri tidak diketahui ke mana destinasinya.

Pemergian dua pemain itu sedikit sebanyak akan menjejas usaha Perak FC untuk membentuk pasukan bagi menghadapi musim 2022.

Menurut sumber, beberapa pemain lain seperti Azhar Epandi dan Shamim Baharuddin juga dijangka memilih haluan berbeza, manakala pemain yang dipinjam , Sergio Aguero akan dikembalikan kepada Pahang.

“Ramai pemain yang akan keluar kerana menerima tawaran pasukan lain,” kata sumber itu.

Walaupun tawaran lumayan pasukan lain punca mereka angkat kaki tetapi faktor pembayaran gaji lewat Perak musim ini juga menyebabkan mereka mengambil keputusan memilih pasukan baharu.

Sumber itu bagaimanapun tidak tahu apa yang akan berlaku berikutan pengstrukturan semula Perak FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya