Peluang lunas dendam, rangkul kejuaraan kedua tahun ini - Utusan Malaysia

Peluang lunas dendam, rangkul kejuaraan kedua tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia hanya selangkah untuk merangkul kejuaraan pertamanya dalam tempoh lapan bulan selepas mara ke final badminton Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman malam tadi.

Selepas mengharungi pertarungan sengit, termasuk bangkit dari ketinggalan 9-15 di set kedua ketika menyingkirkan K. Srikanth dari India 21-19, 22-20, pemain No. 1 negara itu akan berdepan ‘mimpi ngerinya’, Loh Kean Yew dari Singapura hari ini.

Kean Yew adalah pemain yang menyingkirkan Zii Jia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis minggu lalu 24-22, 21-14.

LOH KEAN YEW

Pertemuan ulangan malam ini bukan sahaja peluang terbaik Zii Jia untuk membalas dendam ke atas pemain kelahiran Pulau Pinang itu, malah meraih gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara All England, Mac lalu.

Pemain No. 40 dunia, Kean Yew meneruskan rentak cemerlangnya dengan menyingkirkan Lakshya Sen dari India 21-18, 21-12.

Zii Jia sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas keletihan kerana  mengharungi empat kejohanan berturut-turut, Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Denmark dan Perancis.

Zii Jia yang diletak sebagai pilihan kedua di Saarbrucken, sebelum ini berjaya ke suku akhir Terbuka Denmark tetapi tewas kepada juara Olimpik, Viktor Axelsen.

Zii Jia dan Kean Yew akan berentap buat kali keempat dengan dua pertemuan pertama dimenangi jaguh negara itu pada Cabaran Antarabangsa Thailand 2016 dan Terbuka China 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya