Pahang serap 'aura' Liverpool - Utusan Malaysia

Pahang serap ‘aura’ Liverpool

Malik Mat Ariff (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Sri Pahang membelasah Penang FC 5-0 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang kelmarin. - IHSAN SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh mendedahkan, beliau meminta Malik Mat Ariff menonton video ketika Liverpool membelasah Manchester United 5-0 sebelum menentang Penang FC dalam aksi kedua Piala Malaysia kelmarin.

Malik cemerlang mencetak nama sebagai penja­ring, selain melakukan um­panan ketika Tok Gajah membelasah Penang 5-0 di Stadium Bandaraya dan menghidupkan peluang memburu tiket suku akhir.

Kemenangan itu hadir empat hari selepas membenam lawan yang sama 4-0 dalam aksi pertama di Kuantan, sekali gus melonjak ke tangga ketiga Kumpulan A dengan enam mata, dua mata di belakang Kuala Lumpur City (KL City) dan satu ditinggalkan Sarawak United.

“Saya ada cakap kat dia, Malik awak tengok perlawanan Liverpool lawan MU (United), macam mana (Mohamed) Salah buat. Salah lari kanan kiri, turun apa semua, awak buat macam itu, pasti pasukan akan berubah.

“Alhamdulillah, dia membuktikannya,” kata Dollah dalam sidang akhbar di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Ini kemenangan terbesar Tok Gajah musim ini, keputusan yang pasti menaikkan keyakinan mereka untuk mengharungi dua baki perlawanan menentang Sarawak United pada Ahad ini, diikuti KL City, Rabu depan.

Dalam perlawanan itu, Kenny Athiu muncul wira Pahang apabila meledak hatrik, manakala dua lagi jaringan mereka disempurnakan Abubakar Yakubu dan Malik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya