Ong Kim Swee ibarat ‘gula’ - Utusan Malaysia

Ong Kim Swee ibarat ‘gula’

HUBUNGAN baik Ong Kim Swee (tengah) dengan beberapa bintang yang pernah dibimbing ketika bersama skuad kebangsaan memikat mereka untuk ke Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan seorang, tapi segerombolan nama besar dikaitkan dengan perpindahan ke Sabah musim depan, semuanya kerana ‘tergoda’ de­ngan kehadiran Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad Sang Badak.

Dua tonggak berpengalaman Kedah, Baddrol Bakhtiar dan ­Rizal Ghazali antara pemain yang hampir pasti menyertai Sabah.

Pasukan itu turut dikaitkan dengan bekas penjaga gol No. 1 Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, selain pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Irfan Fazail, Hazwan Bakri dan ­Fadhli Mohd. Shas.

Selain kehadiran Kim Swee yang dilihat ibarat ‘gula’ yang menarik kehadiran ‘semut’, kesungguhan Sang Badak untuk menghadapi musim baharu dengan menjadi antara pasukan terawal mengikat pemain sedia ada turut meyakinkan nama-nama besar untuk terbang jauh ke Borneo.

Kim Swee tidak menafikan hasrat membawa kualiti tambahan seperti Khairul Fahmi, Baddrol serta Irfan Fazail ke dalam pasukan, namun sama ada semua nama yang dikaitkan dengan Sang Badak boleh diserap atau tidak, ia bukan bergantung kepadanya.

Semuanya terpulang kepada ‘kantung’ Sabah yang menghuni tangga kesembilan Liga Super musim ini, dan senarai akhir pasukan dijangka diumumkan pada hujung bulan depan.

“Sudah tentu kita inginkan beberapa pemain yang mempunyai mutu permainan berkualiti tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam Liga Super 2022.

“Setiap tahun pasti semua kelab akan membeli, menjual atau mengekalkan pemain mereka, sama juga dengan pa­sukan Sabah.

“Sudah tentu ada pemain yang tidak akan disambung kontrak dan ada juga pemain yang akan disambung kontrak,” kata Kim Swee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya