Nuramirah mula buat ‘pasal’ - Utusan Malaysia

Nuramirah mula buat ‘pasal’

Nuramirah Shakirah Zulkifli (kanan) muncul penjaring terbanyak Piala Tun Abdul Razak dengan meledak empat gol setakat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki wanita Kedah mencuri tumpuan dalam aksi pembukaan Piala Tun Abdul Razak apabila penyerangnya Nuramirah Shakirah Zulkifli muncul penjaring terbanyak setakat ini.

Peledak Malaysian Tigress itu menjaringkan empat gol ketika menewaskan Perak 4-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Pengendali Kedah, Jadwi Abd. Halim berkata, mereka le­bih menumpukan kepada ­taktikal yang telah dirangka dalam perlawanan pembukaan itu.

“Untuk perlawanan pertama hari ini saya lebih mementingkan struktur perlawanan untuk mendapatkan corak permainan yang kami mahukan.

“Kami mempunyai pemain penyerang yang bagus jadi kami lebih banyak melakukan serangan balas dan Alhamdulillah kami dapat menjaringkan empat gol.

“Bagaimanapun Perak memberikan tentangan hebat kepada kami dan bukan mudah untuk kami memasuki kawasan gol lawan, tetapi kami tetap berjaya mengikuti perancangan yang telah diatur,” katanya selepas perlawanan.

Selain Kedah, Selangor turut meraih tiga mata dalam aksi pembukaan Kumpulan B apabila menumpaskan PDRM 2-1.

Kumpulan A menyaksikan Pahang mengatasi Negeri Sembilan 3-0 dan Melaka kalahkan Sabah 2-0.

Sementara itu, jurulatih ­Pahang, Sabri Mohamad menyifatkan pemainnya yang bermula dengan agak perlahan berjaya untuk bangkit mendapatkan rentak permainan sebenar, sekali gus menjaringkan tiga gol yang cukup bermakna.

“Pemain telah menunjukkan kematangan kerana sudah lama dikumpulkan bersama untuk berlatih dan sebagainya,” kata Sabri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya