Neitzel 'turun pangkat' jadi penolong jurulatih Selangor - Utusan Malaysia

Neitzel ‘turun pangkat’ jadi penolong jurulatih Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tidak lagi menjadi ketua jurulatih Selangor, namun Karsten Neitzel kekal bersama Red Giants dan akan bertindak sebagai penolong jurulatih pasukan utama musim 2022.

Selangor FC dalam kenyataan hari ini mengesahkan, pengendali kelahiran Jerman itu yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 bulan depan, akan terus menjadi tonggak penting dalam barisan kejurulatihan.

“Pemahaman beliau tentang keberadaan pasukan dalam melaksanakan falsafah bola sepak dan gaya permainan yang diterapkan oleh kelab, amat bernilai dalam meneruskan projek pembangunan dan membantu ketua jurulatih pasukan utama mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Karsten (Neitzel) dan percaya kerjasama beliau bersama Michael Feichtenbeiner akan membuahkan hasil yang mampu membawa kejayaan kepada kelab dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Sabtu lalu, Selangor mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner yang juga Pengarah Sukan Kelab sebagai ketua jurulatih baharu skuad utama menggantikan Neitzel.

Pengumuman itu dibuat 48 jam selepas Selangor disingkirkan Kuala Lumpur City pada suku akhir Piala Malaysia 2021 secara agregat 0-3.

Neitzel yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada November tahun lepas menggantikan B Sathianathan, membimbing Selangor FC menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga kelima.


Sementara itu, Selangor turut mengumumkan kepulangan bekas tonggak pertahanan mereka, Nidzam Jamil dalam barisan kejurulatihan kelab.

Nidzam, 41, permah membimbing Felda United sebelum pasukan itu dibubarkan pada 2020.

Dia akan bergandingan bersama Neitzel sebagai penolong Feichtenbeiner.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya