Nak pakai jersi Selangor pun tak 'tergamak' - Utusan Malaysia

Nak pakai jersi Selangor pun tak ‘tergamak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sangat sedih dengan prestasi Selangor ketika ini sampaikan hendak pakai jersi merah kuning pun tidak ‘tergamak’.

Itu reaksi legenda bola sepak Selangor, Datuk Santokh Singh selepas Red Giants disingkirkan Kuala Lumpur City (KL City) pada suku akhir Piala Malaysia kelmarin.

Kekalahan dengan agregat 0-3 bermakna juara 33 kali itu gagal dalam misi memburu sekurang-kurangnya satu trofi musim ini selepas sebelum itu sekadar menghuni tangga kelima dalam Liga Super.

SANTOKH SINGH

 

“Sangat sedih, sekarang nak pakai jersi Selangor pun sedih kalau keadaan macam ini.

“Mereka (pengurusan Sela­ngor) mana berani tanya (pemain lama) sebab kita terus hentam (dengan fakta) tetapi mereka tidak boleh terima.

“CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Selangor (Dr. Johan Kamal Hamidon,) apa yang dia tahu tentang bola, anda beritahu saya.

“Anda ambil orang tidak tahu tentang bola untuk uruskan pasukan,” kata bekas pemain pertahanan Red Giants dari 1972 hingga 1985 itu kepada Utusan Malaysia.

Pernah digelar King of Malaya kerana sering menguasai bola sepak tempatan suatu ketika dulu, Selangor bagaimanapun sudah lama tidak memenangi trofi.

Kejuaraan terakhir mereka adalah menjulang Piala Malaysia 2015 iaitu enam tahun lalu, situasi yang menuntut pasukan Merah Kuning melakukan perubahan besar-besaran, kata Santokh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya