Mujur ada Ronaldo - Utusan Malaysia

Mujur ada Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Cristiano Ronaldo sekali lagi muncul penyelamat Manchester United apabila meledak gol pada waktu kecederaan ketika mengikat Atalanta 2-2 dalam aksi Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Ini kali ketiga dalam saingan elit Eropah Ronaldo menyelamatkan United ketika permainan menunggu masa untuk tamat, sekali gus menghampiri pusingan kedua  selaku pendahulu Kumpulan F.

Bintang Portugal itu yang menjaringkan dua gol mencatat rekod sebagai pemain pertama United meledak gol dalam empat perlawanan Liga Juara berturut-turut sejak Ruud van Nistelrooy pada 2003.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan sebelum itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-45 selepas Josip Ilicic meletakkan tuan rumah di depan, minit ke-12.

Bagaimanapun selepas kehilangan bek tengah, Raphael Varane akibat kecederaan, United ketinggalan sekali lagi pada minit ke-56 apabila Duvan Zapata melarikan bola untuk mengatasi Harry Maguire.

Begitupun, Ronaldo meledak gol penyamaan yang juga jaringan kesembilan daripada 11 penampilan sejak kembali ke Old Trafford dan ke-139 dalam kejohanan ini.

 

“Kami percaya hingga penamat. Saya membantu pasukan saya mendapatkan satu mata.

“Kami tidak pernah berputus asa, saya rasa ia keputusan yang bagus buat kami,” kata Ronaldo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya