MU rantai Kelantan United - Utusan Malaysia

MU rantai Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peluang Kelantan United untuk mencari tiket ke suku akhir Piala Malaysia semakin tipis selepas sekadar seri 3-3 dengan Melaka United dalam saingan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Tuan rumah melepaskan peluang untuk melakar kemenangan pertama selepas Manuel Ott meledak gol penyamaan Melaka, enam minit sebelum tamat permainan.

Kehadiran penyokong ke stadium buat kali pertama selepas enam bulan membakar semangat pemain Kelantan United apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi rembatan kencang Yuki Tanigawa.

SONY Norde meledak gol penyamaan Melaka untuk kedudukan 1-1.

Jaringan itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Sony Norde mengikat kedudukan 1-1.

Sorakan penyokong Kelantan United terus bergema apabila Gassama Alfusainey meledak gol kedua pada minit ke-39 menerusi gerakan solo dari tengah padang untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Melaka.

Kedudukan itu ‘meredakan’ tekanan pengendali Kelantan United Nazrulerwan Makmor buat seketika sebelum babak kedua bersambung.

Bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan  2-2 apabila sepakan percuma, S. Kumaran terus menerjah ke gawang tanpa sempat ditepis keluar oleh penjaga gawang Kelantan United, Fikri Che Soh pada minit ke-55.

Gol itu nyata menyuntik semangat Melaka untuk terus memburu jaringan bagi mengukuhkan kedudukan  pendahulu Kumpulan C.

Bagaimanapun, Shafizi Ikmal Md. Khairuddin kembali meletakkan Kelantan di depan dengan meledak jaringan ketiga pada minit ke-78.

MANUEL Ott muncul wira Melaka dengan meledak gol penyamaan.

Ott membunuh impian Kelantan United untuk meraih tiga mata apabila meledak jaringan penyamaan enam minit berselang dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya