Mora terkejut aksi ala 'Zidane' Safiq - Utusan Malaysia

Mora terkejut aksi ala ‘Zidane’ Safiq

FAISAL Halim diberi rawatan selepas cedera akibat ditanduk Safiq Rahim (No. 8) dalam separuh akhir Piala Malaysia di antara JDT dan Terengganu FC. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan agresif Safiq Rahim yang menyebabkan dia dibuang padang di awal permainan separuh akhir Piala Malaysia kelmarin mengejutkan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.

Mora bagaimanapun lega situasi itu tidak menjejaskan pasukannya kerana mereka sudahpun mendahului 3-0 pada 15 minit permainan, sedangkan tindakan ala ‘Zidane’ Safiq dilakukan seminit kemudian.

Dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia itu, bekas ketua pasukan Harimau Malaya tersebut dilayangkan kad merah pada minit ke-16 kerana menghantuk kepala pemain Terengganu FC, Faisal Halim.

Tindakan Safiq tidak ubah seperti insiden final Piala Dunia 2006 yang menyaksikan legenda Perancis, Zinedine Zidane menanduk pertahanan Itali, Marco Materazzi hingga dibuang padang.

BENJAMIN MORA

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dalam sekelip mata, dia bertindak demikian dan ia tidak sepatutnya dilakukan pemain berkaliber sepertinya.

“Saya pun terkejut dengan apa yang Safiq lakukan kerana dia bermotivasi tinggi serta teruja apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama. Saya tidak salahkan dia kerana perkara seperti ini berlaku apabila pemain hilang pertimbangan di atas padang.

“Pada rehat separuh masa pertama, dia meminta maaf kepada rakan sepasukan yang lain atas perbuatannya dan para pemain bertekad untuk menang perlawanan ini untuk dirinya,” katanya.

Mora berkata, mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk situasi beraksi dengan 10 pemain dan pemain melakukan tugas dengan baik ketika bertahan sepanjang 75 minit permainan.

Katanya, dia terpaksa membentuk dua barisan pertahanan yang kompak dan hanya meletakkan Bergson Da Silva keseorangan di atas untuk mengekang kebangkitan pasukan kendalian Nafuzi Zain.

JDT selangkah untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada 2019 selepas menyingkirkan Terengganu FC secara agregat 4-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya