Mental kuat, badan tidak berdaya - Utusan Malaysia

Mental kuat, badan tidak berdaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia terlepas untuk merangkul trofi keduanya tahun ini selepas kecederaan memaksa jaguh perseorangan negara itu menarik diri ketika sedang beraksi pada set penentuan dalam final badminton Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman sebentar tadi.

Juara All England itu yang beberapa kali terjatuh ketika menentang Loh Kean Yew dari Singapura dilihat seperti menahan sakit di belakang badan sebelum mengambil keputusan menarik diri pada kedudukan 21-19, 13-21, 12-17.

Selepas beraksi selama tujuh minggu tanpa rehat dalam lima kejohanan berturut-turut, badan Zii Jia tampak sudah tidak mampu lagi bertahan.

Perkembangan terbaharu itu meletakkan status Zii Jia sama ada dapat beraksi pada Indonesia Masters (16-21 November) atau Terbuka Indonesia (23-28 November) tidak menentu.

Ini kekalahan kedua berturut-turut buat jaguh No. 8 dunia tersebut kepada pemain ranking ke-40, Kean Yew selepas kalah 22-24, 14-21 pada pusingan pertama Terbuka Perancis minggu lalu.

Zii Jia sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas mengharungi empat kejohanan berturut-turut, Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Denmark dan Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya