Melaka United 'terbangkan' Akmal bagi perkuat pasukan - Utusan Malaysia

Melaka United ‘terbangkan’ Akmal bagi perkuat pasukan

AKMAL Md. Zahir dan pasangannya selamat mendarat di Kompleks Sukan Hang Jebat bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain pertahanan Melaka United (MU), Akmal Md. Zahir selamat tiba di Wisma Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa) selepas diterbangkan dengan helikopter dari Sungai Siput, Perak bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.

Kelab Bola Sepak Melaka United dalam dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, Akmal tiba bersama pasangannya selepas mereka berdua selesai diijab kabul pada hari yang sama.

“Penerbangan ini bagi memastikan Akmal dapat kembali ke pangkuan pasukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang KL City FC di Stadium Hang Jebat, malam ini. Semoga berjaya Akmal dan rakan-rakan sepasukan,” katanya.

KL City dan Melaka masing-masing terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin lalu.

Melaka United hanya memerlukan satu langkah lagi untuk melakar sejarah tersendiri berada di pentas akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak Piala HMS Malaya mula diperkenalkan pada 1921.

Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, peluang tersebut tidak harus disia-siakan oleh anak-anak buahnya.

Menurutnya, bermain di tempat sendiri serta di hadapan penyokong selain jaringan di tempat lawan adalah kelebihan buat MU yang mesti menewaskan KL City untuk menempah tempat ke perlawanan akhir.

“Laluan penuh berliku dilalui Melaka dan nyaris-nyaris tersisih ke Piala Malaysia. Kini kita sudah menghampiri ke pentas final, kelebihan yang ada harus digunakan sebaik mungkin untuk menewaskan KL City,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya