Mat Don tak dapat panggilan Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Mat Don tak dapat panggilan Harimau Malaya

Liridon Krasniqi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mungkin tidak akan dipanggil untuk mewakili Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF yang akan bermula 5 Disember ini.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, pihaknya membuat pemilihan pemain berdasarkan prestasi semasa mereka dalam usaha memperoleh keputusan positif di Singapura nanti.

“Saya boleh katakan setakat ini perbincangan de­ngan Tan Cheng Hoe selaku jurulatih Harimau Malaya bahawa Liridon tidak berada dalam senarai untuk dibawa ke Singapura nanti.

“Kita melihat Liridon tidak beraksi banyak perlawanan, jadi kita tidak mahu masalah yang berlaku di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini dari segi kecergasan berulang.

“Untuk menga­takan kita akan membawa dia ma­suk dalam pasukan buat masa ini agak sukar,” katanya ketika diajukan soalan berhubung kedudukan pemain kelahiran Yugoslavia itu.

Liridon atau Mat Don bersama Harimau Malaya sewaktu pusi­ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kini beraksi bersama kelab India, Odisha FC secara pinjaman.

Sementara itu, Yusoff turut menjelaskan, sasaran skuad kebangsaan untuk mara ke pentas akhir Piala AFF kali ini adalah realistik.

“Buat masa ini, sasaran awal yang diletakkan kepada barisan kejurulatihan dan pemain adalah untuk membantu pasukan mara ke pentas final untuk sai­ngan Piala AFF 2020 nanti.

“Jika berjaya, sudah tentu hasrat seterusnya adalah untuk bergelar juara memandangkan negara kita sudah lebih 10 tahun tidak mendominasi kejohanan itu dan kami optimis harapan ini boleh
direalisasikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya