Manchester City pincang jumpa Everton - Utusan Malaysia

Manchester City pincang jumpa Everton

PEMAIN Manchester City menjalani latihan di Akademi Bola Sepak City, Manchester kelmarin dalam persiapan menghadapi Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kevin De Bruyne bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton hari ini selepas dijangkiti ­Covid-19.

Manchester City juga tidak dapat menggunakan khidmat Jack Grealish, manakala ke­adaan Phil Foden masih 50-50, sekali gus menjadikan persiapan mereka serba tidak kena.

Menurut pengendali City, Pep Guardiola, De Bruyne sudah kembali ke England selepas menggalas tugas bersama ­Belgium dalam kelayakan Piala Dunia 2022, namun perlu dikuarantin 10 hari.

Grealish pula belum sembuh daripada kecederaan kepala ­ketika membantu England membelasah San Marino 10-0 pada kelayakan Piala Dunia, manakala Foden berdepan masalah kaki.

“Keadaan Jack semakin baik selepas kembali awal. Phil juga kian sembuh.

“Malangnya, Kevin disahkan positif di Belgium dan perlu dikuarantin 10 hari. Saya tidak fikir Jack boleh beraksi. Phil, kita kena tunggu dan lihat,” kata Guardiola.

De Bruyne sudah lengkap divaksin dan perkara paling membimbangkan Guardiola ketika kini ialah kesihatan pemain berusia 30 tahun tersebut.

“Bila seseorang positif, kita perlu berhati-hati kerana mereka sedang sakit. Dia sudah divaksin, jadi harap dia mendapat lebih perlindungan,” katanya.

Selepas menumpaskan Manchester United 2-0 dalam aksi terakhir liga, City mahu menang ke atas Everton untuk menghambat pendahulu, Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya