Malam 'paling menyeronokkan' bertukar sepi - Utusan Malaysia

Malam ‘paling menyeronokkan’ bertukar sepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi separuh akhir Piala Malaysia yang sepatutnya menjadi malam ‘paling menyeronokkan’ buat Kuala Lumpur City (KL City) bagaimanapun bertukar sepi selepas pertemuan menentang Melaka United, Isnin ini akan berlangsung secara tertutup.

Tindakan penyokong menyerbu ke padang ketika KL City menumpaskan Selangor pada suku akhir kedua kelmarin menyebabkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan larangan terhadap penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk aksi separuh akhir pertama.

MFL dalam satu kenyataan malam tadi berkata, KL City selaku tuan rumah telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Penonton Perlawanan Piala Malaysia dan Manual Liga Malaysia 2021.

Pasukan tuan rumah didapati bersalah melanggar peraturan SOP Penonton Perlawanan Piala Malaysia dengan dibaca Bahagian 3 (v) SOP di mana penonton atau penyokong telah dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal.

STUART RAMALINGAM

“Pihak MFL telah menerima surat balas daripada Kuala Lumpur City FC hari ini di mana Ahli Lembaga Pengarah MFL bersepakat memutuskan Kuala Lumpur City FC dikenakan hukuman perlawanan tanpa penonton untuk perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 22 November ini.

“Kuala Lumpur City telah bersetuju serta mengambil keputusan untuk tidak menjual tiket bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2021,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

PEMAIN Kuala Lumpur City memberi penghormatan kepada penyokong selepas mengalahkan Selangor.

KL City memahat sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia dalam tempoh 29 tahun selepas menyingkirkan juara 33 kali, Selangor secara agregat 3-0.

Separuh akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Jumaat depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya