Ku sangka Solskjaer tapi Nuno yang dipecat - Utusan Malaysia

Ku sangka Solskjaer tapi Nuno yang dipecat

NUNO ESPIRITO SANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer masih selamat, namun Nuno Espirito Santo sebaliknya menjadi mangsa pemecatan gara-gara kekalahan 0-3 Tottenham kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Tottenham dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, khidmat Nuno ditamatkan hanya empat bulan selepas membimbing kelab London itu ssetelah pasukannya kini jatuh ke tangga kelapan liga ekoran kekalahan kepada United.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Ketika kemenangan menyelamatkan Solskjaer, kekalahan sebaliknya memendekkan ‘jangka hayat’ Nuno, malah keputusan perlawanan turut mempengaruhi masa depan bekas pengendali Itali, Antonio Conte.

Conte, 52, sebelum ini dikaitkan sebagai calon pengurus baharu United, malah sudah berkata ‘ya’ kepada Red Devils dengan sedia membimbing mereka pada bila-bila masa.

Bagaimanapun bekas jurulatih Chelsea dan Inter Milan itu kini dikatakan menuju ke London kerana menjadi calon kegemaran Pengarah Sukan Tottenham, Fabio Paratici.

ANTONIO CONTE

“Kelab hari ini mengumumkan, Nuno Espirito Santo dan barisan kejurulatihannya, Ian Cathro, Rui Barbosa serta Antonio Dias dilepaskan daripada tugasan mereka.

“Perkembangan lanjut akan diberitahu,” kata Tottenham dalam satu kenyataan.

Nuno, 47, hanya merakam lima kemenangan daripada 10 perlawanan­ liga musim ini, dan pemecatannya menjadikan dia pengurus paling singkat di bawah Levy – selama 124 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya