KPT bantu pemain elit cipta nama - Utusan Malaysia

KPT bantu pemain elit cipta nama

MOHD ZABRI Yusoff ketika melancarkan saingan Piala Pra U 2021 & MUFA, hari ini.- IHSAN KPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melancarkan saingan Piala Pra-Universiti 2021 bagi memulakan program transformasi bola sepak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hari ini.

Kejohanan tersebut melibatkan pemain elit negara daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebanyak dua pasukan iaitu AMD A, AMD B, diikuti Akademi Bola Sepak Felda (ABSF) selain pasukan Universiti Malaysia (MUFT).

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Dr. Mohd Zabri Yusoff, program itu menyediakan platform terbuka kepada pemain yang bakal bergraduan untuk diintai oleh mana-mana pasukan atau kelab bagi menyambung kerjaya dalam bidang bolasepak.

Katanya, KPT merasakan ada di kalangan mereka yang akan tercicir atau terpinggir dan itu sudah pasti merugikan setelah membuat pelaburan yang tinggi untuk melatih mereka.

“Sekiranya ada graduan yang tercicir atau terpinggir daripada dipilih oleh mana-mana pasukan atau kelab, kejohanan ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka dipilih untuk menyambung kerjaya sebagai pemain dan juga pelajar di IPT sekiranya berminat.

“Perkara ini secara tidak langsung akan meneruskan usaha KPT untuk melahirkan lebih ramai The Thinking Athlete atau di sini lebih kepada The Thinking Footballer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejohanan itu akan berlangsung dari 20 November hingga 27 November 2021 di AMD.

Pada bulan Jun lalu, KPT turut mencatat sejarah apabila turut melancarkan Persatuan Bolasepak Universiti Malaysia (MUFA) yang diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).

PERSATUAN Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA)

Dr. Zabri berkata, pelancaran MUFA membuka lembaran baru dalam arena bolasepak negara bagi memperkemaskan lagi struktur organisasi yang lebih tersusun, melahirkan lebih ramai tenaga jurulatih dan pengadil dalaman serta meningkatkan kualiti pemain bolasepak IPT.

“Saya percaya sekiranya MUFA diterima sebagai ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), program pembangunan akar umbi serta urus tadbir berkaitan sukan bolasepak di peringkat IPT semakin kemas dan menjadi penyumbang utama kepada skuad kebangsaan suatu hari nanti,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya