Kedah terlalu unggul buat Kelantan United - Utusan Malaysia

Kedah terlalu unggul buat Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kedah nyata bukan tandingan Kelantan United apabila menang 3-1 dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu bermakna Kelantan United gagal mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi lima perlawanan untuk menghuni tangga tercorot Kumpulan C.

Turun dengan kekuatan penuh, Kedah  mendominasi perlawanan dengan melakukan serangan bertali-arus memaksa benteng pertahanan Kelantan United bekerja keras bagi memastikan gawang gol mereka tidak dibolosi.

Minit ke-15, pemain import Kedah Kpah Serman mempersiakan peluang Kedah memecah kebuntuan jaringan apabila sepakan penaltinya berjaya ditepis Mohamad Fikri Che Soh untuk menyelamatkan pintu gol Kelantan United daripada dibocori.

Usaha Kedah memburu jaringan akhirnya berhasil menerusi rembatan padu Syazwan Zainol dari dalam kotak penalti pada minit ke-34 untuk menewaskan Mohamad Fikri.

Dua minit berselang, kapten Kedah, Badrol Bakhtiar mengukuhkan kedudukan Hijau Kuning dengan gol kedua dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Aksi babak kedua, Kelantan United terus dipaksa bertahan oleh Kedah menerusi serangan ‘menggila’ yang dilakukan oleh skuad kendalian Aidil Shahril untuk menambah jaringan.

Fakrul Zaman Wan Abdullah kembali merapatkan jurangan jaringan menjadi 1-2 apabila meledakan jaringan pertama pada minit ke-73 menerusi sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Kedah Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Pemain gantian Muhammad Fayadh Mohd. Zulkifli Amin membunuh sisa-sisa perjuangan Kelantan United apabila meledakan jaringan ketiga KDA FC pada minit ke-85 selepas tenang menyudahkan hantaran lintang Azamuddin Akil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya