Kedah berhak tuntut pampasan Akhyar daripada JDT - Utusan Malaysia

Kedah berhak tuntut pampasan Akhyar daripada JDT

AKHYAR RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Drama perpindahan Akhyar Rashid dari Kedah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) masih ‘panjang’ apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertahankan tuntutannya terhadap bintang tengah berusia 22 tahun itu.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edward sebelum ini menjelaskan, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) sudah menolak tuntutan pampasan perpindahan Akyhar dan KFA tiada sebab menuduh mereka masih berhutang dalam isu tersebut.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron tampil mempertahankan hak mereka dengan menegaskan, pihaknya masih boleh membawa isu berkenaan kepada Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi dinilai semula.

“Untuk makluman Alistair, beberapa isu perlu dipertimbangkan melalui kesemua kronologi berkaitan kes berkenaan seperti berikut.

“Walaupun pertikaian di antara KFA dan Akhyar berhubung dengan kontrak pemain sudah diputuskan dan selesai antara kedua-dua pihak, KFA masih lagi berhak menuntut pampasan bagi kos latihan dan pembangunan Akhyar dari JDT melalui Jawatankuasa Rayuan FAM.

“Kenyataan Alistair berkenaan KFA tidak perlu yuran pembangunan dan tiada tuntutan dari KFA, perkara ini adalah tidak benar sama sekali memandangkan berlakunya proses perbincangan dan KFA masih menunggu satu tawaran pampasan JDT bersesuaian yang akan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.

“Setiap tindakan yang diambil oleh KFA berhubung perkara ini adalah berdasarkan kepada nasihat guaman. KFA akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kenyataan Alistair dalam Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebelum ini tidak tepat dan meminta agarnya memahami fakta kes itu.

“Saya menasihati Alistair supaya menyemak semula segala fail serta memahami setiap keputusan berkaitan dengan kes tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh Presiden KFA membuat tuduhan tidak berasas terhadap JDT,” katanya.

FAM sebelum ini memutuskan yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontraknya dengan Kedah pada 2018.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya