Kedah ancaman besar Harimau Selatan - Utusan Malaysia

Kedah ancaman besar Harimau Selatan

PEMAIN JDT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertemuan menentang naib juara Liga Super, Kedah dalam suku akhir Piala Malaysia adalah tugas getir buat Johor Darul Ta’zim (JDT) biarpun Harimau Selatan menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan.

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, Lang Merah antara pasukan yang kuat dalam Liga Malaysia (Liga M) dan mereka perlu memberikan aksi terbaik jika mahu meraih tiket ke separuh akhir.

“Kami (JDT) kena bermain dengan gaya permainan tersendiri dalam perlawanan itu nanti,” katanya selepas aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Kelmarin, JDT melengkapkan kemenangan dalam semua enam perlawanan Piala Malaysia dengan membenam Kelantan FC, sekali gus gah menjuarai Kumpulan D dengan mengutip 18 mata maksimum.

KEKALAHAN 0-2 kepada Melaka United dalam aksi terakhir Kumpulan D kelmarin menyebabkan Kedah terpaksa berdepan juara bertahan, JDT di suku akhir Piala Malaysia.

Gol kemenangan pasukan pelawat disempurnakan Syafiq Ahmad, Leandro Velazquez, Guilherme de Paula dan Shahrul Saad.

Memenangi kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut dan hanya tewas sekali daripada 22 perlawanan meletakkan anak-anak buah Mora sebagai pilihan untuk melengkapkan kemenangan pada kempen Piala Malaysia.

Kata Mora, dia berpuas hati dengan komitmen yang diperagakan barisan pemain sepanjang kempen peringkat kumpulan, dan percaya mereka mampu melakukan yang lebih baik memasuki saingan suku akhir.

Sementara itu, penolong jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya memuji aksi yang diperagakan oleh barisan pemain apabila berjaya ‘mengecewakan’ JDT pada babak pertama.

Katanya, barisan pemain dilihat agak kepenatan namun barisan tempatan yang dipertaruhkan itu membuktikan mereka mampu bersaing dengan pasukan kuat.

“Jika ramuan pemain tempatan yang ada ketika ini, kita mampu memberikan saingan lebih baik musim depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya