Kecederaan hantui Liverpool - Utusan Malaysia

Kecederaan hantui Liverpool

ROBERTO Firmino memberi perkhabaran buruk buat Liverpool menjelang kunjungan ke London untuk menentang West Ham hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas kecederaan nyaris menyebabkan Liverpool terkeluar dari kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, krisis sama kembali menghantui Reds menjelang aksi getir menentang pasukan tangga keempat, West Ham di London esok.

Semalam, pengendali pasukan, Jurgen Klopp mengesahkan, penyerang mereka, Ro­berto Firmino mungkin terpaksa ­disisihkan hampir sebulan akibat kecederaan hamstring.

Berita tersebut hadir ketika Joe Gomez, Curtis Jones (betis), Naby Keita dan James Milner (hamstring) sudahpun disisihkan akibat kecederaan.

Firmino mengalami kece­deraan itu ketika Liverpool mengalahkan Atletico Madrid 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Satu-satunya berita yang melegakan Klopp, liga akan berehat dua minggu untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa sebelum bersambung pada 21 November.

CURTIS Jones juga tidak dapat diturunkan akibat kecederaan betis.

“Bobby (Firmino) membawa khabar buruk selepas mengalami kecederaan hamstring yang serius, ia sangat malang.

“Kami tidak pasti tempoh sebenar dia perlu disisihkan, namun sekurang-kurangnya kita ada dua minggu rehat (aksi antarabangsa) untuk melakukan sesuatu,” kata Klopp.

Klopp berharap, Gomez dan Jones pula sempat pulih selepas tamat perlawanan antarabangsa kerana Reds, yang belum kalah dalam 10 perlawanan liga setakat ini amat memerlukan khid­mat mereka.

“Situasi Curtis berbeza (de­ngan Firmino). Dia tidak bernasib baik dalam latihan, kukunya terguris mata sendiri. Saya fikir, dia tidak mengambil masa lama untuk kembali, begitu juga Joe,” katanya.

SADIO Mane dan Mohamed Salah akan mengetuai serangan Liverpool.

Mengenai Keita dan Milner, Klopp mengakui tidak pasti apakah dua tonggak tengah yang sedang berada pada prestasi terbaik itu mampu pulih selepas aksi antarabangsa.

“Kita kena tunggu. Saya juga amat berharap mereka dapat segera kembali,” katanya.

Liverpool bagaimanapun sedikit lega selepas Fabinho dan Thiago Alcantara bersedia diturunkan esok.

Ketiadaan Fimino yang meledak empat gol dalam aksi liga setakat ini akan diisi Diogo Jota dan Sadio Mane, yang membentuk trio serangan bersama Mohamed Salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya