MELAKA: Perlawanan yang sepatutnya bermula pukul 9 malam terpaksa ditunda lebih sejam apabila berlaku beberapa kali gangguan elektrik di luar dan dalam stadium.
Akhirnya aksi yang ditunggu kira-kira 20,000 penonton bermula pada pukul 10.08 malam menyaksikan Kuala Lumpur City (KL City) mengasak Melaka United di awal permainan.
Seawal minit ketujuh penyerang import tuan rumah dari Brazil, Giovane Gomes melakukan perubaan tetapi tidak menepati sasaran.
Serangan bertali arus dilakukan Melaka giliran Sony Norde meledakan sepakan kencang namun mudah ditangkap kemas penjaga gol, Kevin Ray Mendoza.
Kebuntuan jaringan gol akhirnya menjadi milik KL City pada minit ke sembilan menerusi sepakan mudah K. Partiban menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat buat pelawat mendahului 1-0.
Pada minit ke-19, pemain tengah tuan rumah, Ahmad Syamim Yahya hampa apabila percubaannya ditepis keluar oleh Mendoza.
Melaka hampa lagi untuk mencari gol penyamaan apabila sepakan Adriano Narcizo berjaya ditangkap kemas penjaga gol pelawat pada minit ke-31.