Jurulatih Norwich dipecat selepas menang - Utusan Malaysia

Jurulatih Norwich dipecat selepas menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Baru hendak berseronok melakar kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini, Ketua Jurulatih Norwich City, Daniel Farke dipecat beberapa jam selepas mereka mengalahkan Brentford 2-1 malam tadi.

Kemenangan di tempat lawan itu tidak mengeluarkan skuad Canaries dari kedudukan tercorot liga dengan hanya mengutip lima mata dari 11 perlawanan.

Jurulatih kelahiran Jerman itu adalah orang yang bertanggungjawab membawa Norwich naik ke Liga Perdana dua kali sejak 2017.

“Kami rasa sekarang masa yang sesuai untuk perubahan bagi memberi peluang terbaik kepada diri kami mengekalkan status Liga Perdana.

“Keputusan ini tidak mudah tetapi kami perlu melakukannya demi menuntut yang terbaik daripada pasukan,”  kata Pengarah Sukan Norwich, Webber dalam satu kenyataan.

PENYERANG Norwich, Teemu Pukki meraikan jaringannya ketika membantu pasukan itu melakar kemenangan pertama musim ini.

Farke ketika ditemubual selepas perlawanan tidak memberi sebarang petunjuk dia akan kehilangan tugasnya itu.

“Kami pasti mempunyai peluang untuk terus bertahan.

“Ia satu perjalanan yang panjang. Lebih lama kami bekerjasama ia lebih bagus sebagai satu pasukan. Saya tidak boleh jamin kami akan kekal dalam liga tapi jangan menilai kami,” katanya.

Farke menjadi pengurus Norwich untuk 208 perlawanan dan menang 87 daripadanya.

Dia mengambil alih tugas pada 2017 dan membawa Canaries merangkul gelaran Liga Kejuaraan pada musim keduanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya