JDT teruskan rekod kebal - Utusan Malaysia

JDT teruskan rekod kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan Kumpulan D Piala Malaysia dengan merakam kemenangan keenam berturut-turut apabila membenam Kelantan FC 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kelantan FC yang turun tanpa sebarang tekanan berjaya mengekang senegap asakan JDT, sekali gus menyaksikan pasukan itu gagal merobek benteng pertahan tuan rumah.

Keputusan tanpa jaringan itu
kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Syafiq Ahmad meletakan JDT di depan apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan FC, Faridzuen Kamarudin.

Leandro Velazquez menambah derita Kelantan FC apabila meledak gol kedua JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.

Dua minit berselang, JDT terus ‘berpesta’ dengan jaringan ketiga menerusi rembatan jarak dekat yang dilakukan oleh Guilherme de Paula.

Dominasi JDT berterus selepas itu menerusi rembatan kaki kiri kencang Mohd. Shafawi Rashid pada minit ketujuh, namun Faridzuen merebahkan badan untuk menyelamatkan pintu golnya dari terus dibocori.

Shahrul Saad menoktahkan kemenangan mutlak JDT apabila meledak jaringan keempat pasukannya pada minit ke-90 untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan D.

Selaku juara, JDT akan bertemu Kedah pada aksi suku akhir nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya