PETALING JAYA: Bukan berniat memperkecilkan kemampuan Kuala Lumpur City (KL City), apatah lagi beliau sendiri anggota skuad yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 1989, namun Serbegeth Singh percaya, Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan di Bukit Jalil, Selasa ini.
Lebih dikenali sebagai Shebby, bekas tonggak pertahanan Kuala Lumpur itu berkata, Harimau Selatan berada satu tahap di depan skuad The City Boys, malah jauh mengatasi kebanyakan pesainganya dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Bagi saya, JDT akan muncul juara sebab mereka memiliki kualiti pemain yang terbaik, taktikal dan corak permainan yang bagus.
“Bukan nak perkecilkan KL tetapi memang JDT berada di satu tahap berbeza daripada pelbagai aspek.
“Ini realitinya, ia telah dibuktikan JDT yang mendominasi Liga Super selama lapan musim berturut-turut.
“Daripada segi fasiliti dan segala aspek pasukan ini jauh meninggalkan pasukan lain dalam Liga Malaysia,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
KL City memahat sejarah melangkah ke final buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun selepas menyingkirkan Melaka United di separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2 kelmarin.
Sementara itu, JDT pula melayakkan diri dengan penuh bergaya menerusi agregat 4-1 selepas membelasah Terengganu FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada separuh akhir kedua biarpun mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain.
Sementara itu, bekas pemain KL dan pemerhati bola sepak negara Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby mengakui bahawa JDT adalah pasukan pilihan untuk memenangi aksi final yang bakal berlangsung Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Bagi saya, JDT akan muncul juara sebab mereka memiliki kualiti pemain yang terbaik, taktikal dan corak permainan yang bagus. Bukan nak perkecilkan KL tetapi memang JDT berada di satu tahap berbeza daripada pelbagai aspek.
“Ini realitinya, ia telah dibuktikan JDT yang mendominasi Liga Super selama lapan musim berturut-turut. Dari segi fasiliti dan segala aspek pasukan ini jauh meninggalkan pasukan lain dalam Liga Malaysia,” ujarnya.
Pernah dilabel sebagai ‘The Grande KL’ pada zaman kegemilangannya, Kuala Lumpur merangkul kejuaraan hatrik Piala Malaysia 1987,1988 dan 1989.