JDT sudah bayar pampasan Akhyar, Kedah pulangkan - Utusan Malaysia

JDT sudah bayar pampasan Akhyar, Kedah pulangkan

AKHYAR RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai kelab itu tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan berkata, mereka telah mengeluarkan sekeping cek RM100,000 kepada KFA pada 31 Disember 2018.

Katanya, cek itu bagaimanapun telah dipulangkan oleh KFA kerana mahu membuat rayuan berkenaan perkara terbabit.

“JDT terkejut dengan tuduhan tidak berasas Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai JDT tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

“Untuk rekod, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar Rashid selepas pemain itu menamatkan kontrak dengan Kedah.

“JDT bersetuju untuk membayar lebih dan telah mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun telah dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya sambil memberitahu Mahkamah Timbang Tara kemudiannya telah membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

Tambah Edwards, tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT.

“Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden KFA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa skuad Harimau Selatan itu masih belum menjelaskan bayaran pampasan Akhyar yang meninggalkan skuad Lang Merah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya