JDT jelaskan tindakan marshal 'hadang' kain rentang Sabah - Utusan Malaysia

JDT jelaskan tindakan marshal ‘hadang’ kain rentang Sabah

SITUASI di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang tular di media sosial. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan marshal stadium sengaja berdiri menutup kain rentang yang dipasang penyokong Sabah dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Harimau Selatan dalam satu kenyataan menegaskan, marshal berdiri di depan penyokong Sabah hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade‘.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin menjelaskan mengenai insiden di Stadium Sultan Ibrahim di mana marshall dikatakan sengaja berdiri di hadapan kain rentang penyokong pelawat, kononnya menghalang kain rentang tersebut daripada pandangan.

“Memang benar bahawa marshall berdiri mengelilingi penyokong Sabah tetapi ianya hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade’ kerana penyokong Sabah ini tidak berada di kawasan tempat duduk khusus buat penyokong pelawat.

“Sabah FC tidak memohon sebarang peruntukan untuk penyokong lawan, hinggakan para penyokong Sabah FC hanya boleh membeli tiket di bahagian penyokong tuan rumah dan duduk bersama-sama mereka.

“Ia adalah satu niat yang murni buat kelab untuk membenarkan penyokong ini masuk ke stadium dan menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk mereka.

“Pihak kelab juga telah memberi amaran kepada marshall kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal dan sebaliknya menonton perlawanan, tidak memerhati penyokong,” kata kenyataan itu hari ini.

Jaringan Leandro Valazquez dan dua gol Bergson da Silva membolehkan JDT menang 3-0, sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir selaku juara Kumpulan D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya