JDT 'buli' Terengganu pada babak pertama - Utusan Malaysia

JDT ‘buli’ Terengganu pada babak pertama

PEMAIN JDT meraikan jaringan Bergson Da Silva dalam separuh akhir Piala Malaysia malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

ISKANDAR PUTERI:  Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti melangkah ke pentas akhir edisi ke-100 Piala Malaysia selepas mendahului perlawanan 3-0 pada babak pertama.

Penyandang juara piala berprestij itu mempamer taring mereka apabila ‘membuli’ skuad Sang Penyu dengan meledak tiga gol dalam masa 15 minit pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Kedudukan tersebut meletakkan pasukan Benjamin Mora di kedudukan selesa setelah mengatasi pasukan lawan dengan agregat 4-1.

Ayam tambatan JDT, Bergson Da Silva meledak dua gol manakala Gonzalo Cabrera menambah satu gol meletakkan skuad kendalian Nafuzi Zain di kedudukan tertekan.

Hasrat Mora untuk memperoleh gol awal berhasil apabila bintang kelahiran Brazil itu membuka jaringan pada minit keenam hasil sepakan voli dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gol.

Gonzalo Cabrera turut meledak gol buat JDT.

Gawang Terengganu FC (TFC) sekali lagi bocor pada minit ke-10 menerusi larian lipas kudung Arif Aiman Hanafi yang mengumpan bola kepada Afiq Fazail lalu menghantar kepada Bergson yang mendada bola kepada Cabrera untuk diletakkan ke dalam gawang lawan.

Ketika pasukan pelawat cuba mendapatkan rental permainan, JDT sekali lagi mengejutkan pasukan TFC apabila Bergson menambah jaringan setelah menghukum kesilapan benteng pertahanan lawan pada minit ke-14.

Perlawanan itu bertukar tegang setelah pemain senior Harimau Selatan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah setelah menghantuk kepala Faisal Halim pada minit ke-16.

Faisal kelihatan berkatakan sesuatu kepada bekas kapten JDT itu sebelum Safiq bertindak agresif melakukan kekasaran tersebut.

JDT yang bermain dengan 10 pemain diasak pasukan lawan dan gawang mereka hampir dibolosi pada minit ke-36 namun peluang keemasan itu disia-siakan Jordan Mintah apabila percubaan jarak dekatnya melambung tinggi.

Nafuzi dilihat perlu lebih agresif dan menggunakan kelebihan JDT kekurangan seorang pemain bagi mencari tiga gol sekali gus menghidupkan peluang yang tipis itu untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya