Ingat saya ini tiada duit – Tunku Ismail - Utusan Malaysia

Ingat saya ini tiada duit – Tunku Ismail

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Belum pun reda ‘perang mulut’ dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpalit dengan kontroversi melibatkan Selangor pula.

Episod kali ini melibatkan individu yang menguruskan Selangor FC yang dikatakan memainkan persepsi seolah-olah JDT menjadi kaya kerana mengaut projek-projek di Johor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam laman Instagramnya semalam menegaskan, kekayaan keluarga Diraja Johor adalah hasil perniagaan yang dibina sejak 1897 dan bukannya baru-baru ini menjadi kaya kerana mengaut duit kerajaan atau duit rakyat.

Katanya, keluarga Diraja Johor juga tidaklah mengaut hasil negara dan membawa lari keluar.

“Keluarga Diraja Johor berniaga semenjak tahun 1897. la bukan suatu perkara  aneh yang perlu disembunyikan kepada rakyat.

“Awak ingat saya ini tiada duit ke..? Ini adalah kelab bola sepak paling berjaya dalam negara sejak 9 tahun kebelakangan ini dari segi nilai komersial, pendapatan penaja tempatan dan antarabangsa, meraih kejuaraan dan pembangunan bola sepak.

TANGKAP layar Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hrhcrownprinceofjohor semalam.

“JDT bukan kelab yang memberi janji-janji manis atau palsu kepada penyokong, ambil duit kerajaan sedangkan negeri sendiri ada masalah air,” tulis Tunku Ismail.

Kata Tunku Ismail, adalah lebih baik peruntukan tersebut diguna pakai untuk memberi air kepada rakyat Selangor dan menjaga rakyat.

“Itu lebih baik daripada memberi kepada Izhar Moslim yang menjaga kelab bola sepak Selangor seperti dimiliki olehnya tetapi tiada apa-apa sejak enam tahun.

“Tiada duit, tiada nilai komersial, tiada piala dan tiada apa-apa. Nasihat saya, kepada pucuk kepimpinan dan seluruh pengurusan sila letak jawatan segera.

“Sampai bila nak menggunakan peruntukan Negeri demi menguntungkan poket individu yang berada dalam kelab.

“Tak payah asyik menyeru penyokong untuk bersatu memberi sokongan sedangkan anda semua adalah punca kegagalan kelab,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya