HOO sahut seruan KBS - Utusan Malaysia

HOO sahut seruan KBS

AZRI Hamzah ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Sukan dan Rekreasi HOO di Semenyih, Selangor, malam semalam.- IHSAN HOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembekal alat pernafasan, House of Oxygen (HOO) bersedia mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membantu melancarkan program sukan berprestasi tinggi tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif HOO, Azri Hamzah berkata, antara sukan yang berada dalam fikirannya untuk dibantu seperti badminton dan boling, selain beberapa sukan lain yang berpotensi untuk mengharumkan nama negara.

“Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Insya-Allah jika KBS membuka peluang kami sebagai usahawan peringkat swasta bersedia untuk menjalinkan kerjasama ini.

“Tidak salah menyokong apa yang diperlukan dari segi tenaga, dana atau sebagainya. Perkara ini boleh dibincang lebih lanjut lagi sekiranya KBS sudi.

“Secara jujurnya saya memang berminat dengan sukan badminton dan boling. Tiada masalah untuk membincangkan mengenai sokongan dana atau sebagainya.

“Begitupun sukan lain tidak akan ditinggalkan dan mana yang berpotensi kita akan bantu. Jika tidak di peringkat biasa mungkin boleh bantu peringkat negeri dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kelab Sukan dan Rekreasi HOO di Semenyih, Selangor, malam semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut, bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim.

BEKAS pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim turut hadir dalam majlis tersebut.- IHSAN HOO

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu, beberapa syarikat swasta menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan KBS dalam memberi tajaan terhadap arena sukan negara.

Pada majlis itu, HOO juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada kelab sukan dan rekreasi syarikat tersebut selain penajaan kepada Kelab Badminton Friendship yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya