Hafizh bakal bergelar bapa - Utusan Malaysia

Hafizh bakal bergelar bapa

HAFIZH Syahrin Abdullah mengumumkan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf kini hamil anak sulung mereka dalam Instagramnya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal bergelar bapa apabila mengesahkan isterinya hamil anak pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsi di Instagram dengan memuat naik keadaan iste­rinya Noor Suzana Abdul Manaf yang sarat mengandung ketika singgah bercuti di London selepas bertanding pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Valencia di Sepanyol hujung minggu lalu.

Hafizh, 27, berkahwin de­ngan Suzana, seorang model pada Disember 2017.

Selepas berkahwin, isterinya sering menemani Hafizh ketika perlumbaan dan bertindak sebagai ‘gadis litar’ yang menarik perhatian ramai kerana mengenakan pakaian wanita Muslimah berhijab.

“You + Me = Three, Alhamdulillah,” tulis Hafizh ringkas dalam hantaran terbaharu di media sosial yang dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan, peminat dan warganet.

Perkhabaran gembira itu juga pasti menceriakan Hafizh yang akan beralih ke Kejua­raan Superbike Dunia (WSBK) musim depan bersama pasukan satelit Honda, MIE Racing.

Pada perlumbaan terakhir­nya dalam Moto2 di Valencia hujung minggu lalu, Hafizh berjaya mengutip satu mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya