Gaduh dengan wartawan, Mourinho diboikot stesen radio Itali - Utusan Malaysia

Gaduh dengan wartawan, Mourinho diboikot stesen radio Itali

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah stesen radio di Itali memboikot Jose Mou­rinho selepas pengendali Roma itu dikatakan memberi layanan buruk dan tidak wajar terjadap seorang wartawan.

Jurulatih dari Portugal itu berang terhadap seorang wartawan Retesport kerana menganggap dia telah mengajukan soalan ‘bodoh’ kepadanya ketika berada dalam sidang akhbar.

“Sudah enam bulan sejak anda menyertai Roma, adakah anda akan mengubah apa-apa yang telah anda lakukan dari segi pilihan, kenyataan, permintaan atau apa-apa yang telah anda lakukan?,” soal wartawan Retesport, Marco Juric.

Begitupun, Mourinho kurang senang dengan soalan itu diajukan semasa dalam sidang akhbar menje­lang kunjungan Roma ke Venezia pada aksi Serie A, sambil menyifatkan wartawan tersebut tidak bijak.

“Anda berada di sini hampir setiap sidang akhbar tetapi sama ada anda sangat bijak dan anda mahu orang berfikir atau tidak… anda tidak bijak sama sekali.

“Saya mahu fikir anda bijak tetapi anda suka melakukan apa yang anda lakukan,” ujarnya.

Mourinho kemudian bangun dari tempat duduknya dan me­ninggalkan bilik sidang akhbar itu, sebelum sesi soal jawab ­berakhir.

Kemarahan itu tercetus hanya beberapa hari selepas dia memarahi bekas penyerang kebangsaan Norway, Jan Age Fjortoft, yang juga seorang wartawan susulan keputusan seri 2-2 de­ngan Bodo/Glimt dalam saingan Liga Konferensi Europa, Jumaat lalu.

Ketika ditanya oleh Fjortoft adakah pengadil telah me­lakukan sebarang kesilapan, Mourinho kemudian bertanya: “Adakah anda menyaksikan perlawanan itu?.”
Fjortoft kemudian menjawab dengan agak keras: “Ya, sudah tentu, tetapi saya mahukannya (reaksi) dari mulut anda.

“Apa yang anda lihat dari sudut pandangan anda?.” ­­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya