England berpesta gol layak ke Piala Dunia 2022 - Utusan Malaysia

England berpesta gol layak ke Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERRAVALLE, San Marino: Pengendali England, Gareth Southgate bimbang keluarga Wayne Rooney akan menelefonnya jika dia tidak menurunkan Harry Kane ketika menentang San Marino.

Kane mempamer aksi luar biasa apabila meledak empat gol ketika membawa Three Lions layak ke Piala Dunia 2022 dengan membelasah San Marino 10-0, awal pagi tadi.

Ini kali pertama England mencatat kemenangan dua angka sejak 1964 ketika mereka mengesahkan kelayakan ke Qatar dengan mudah di San Marino.

Empat gol Kane pada babak pertama membolehkannya menyamai rekod Gary Lineker dengan menjaringkan 48 gol bersama England.

BUKAYO Saka turut mencetak nama sebagai penjaring.

Dia juga semakin menghampiri rekod Rooney yang meledak 53 gol sepanjang menyarung jersi England.

Penyerang Tottenham itu turut mencatat rekod baharu dengan menjaringkan 13 buat Three Lions dalam tahun yang sama.

Kane sebelum ini turut meledak hatrik ketika England membelasah Albania pada aksi terakhir kelayakan, Sabtu lalu.

“Kalau kami membenarkan dia bermain setengah jam lagi, seluruh keluarga Wayne Rooney pasti akan menelefon saya,” kata Southgate berjenaka.

Kata Southgate, Kane adalah penjaring gol yang luar biasa dan apa yang dilakukan dalam perlawanan itu menakjubkan.

Walaupun hanya perlukan seri dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan I untuk layak ke Piala Dunia di Qatar tahun depan, England tidak melepaskan peluang untuk berpesta gol.

Harry Maguire meletakkan skuad Southgate di depan sebelum jaringan sendiri Filippo Fabbri menggandakan kelebihan pendahuluan England.

Turut mencetak nama sebagai penjaring Emile Smith Rowe, Tyrone Mings, Tammy Abraham dan Bukayo Saka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya