Conte mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Conte mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Antonio Conte memulakan tugas sebagai pengurus Tottenham dengan melakar kemenangan 3-2 ke atas Vitesse Arnhem dalam saingan Liga Konferensi Europa, awal pagi tadi.

Conte bagaimanapun berdepan situasi cemas selepas pasukannya yang mendahului 3-0 kemudian dikejar 3-2 dan hilang pemain pada minit ke-59 setelah Cristian Romero dibuang padang kerana mengutip dua kad kuning.

Keadaan menjadi bertambah ‘gila’ apabila Vitesse pula hilang dua pemain pada minit ke-80 dan 84 selepas Danilho Doekhi serta penjaga gol, Markus Schubert dilayangkan kad merah.

ANTONIO Conte memulakan tugasan pertama bersama Tottenham di London pagi tadi.

“Ia perlawanan yang gila.

“Biasanya saya tidak suka perlawanan sebegini. Perlawanan gila bermakna apa saja boleh berlaku tetapi pada masa sama, saya rasa kami patut menang dan kami menang.

“Kami mendahului 3-0 dan kemudian dibolosi dua kali yang sepatutnya boleh dielak. Selepas kad merah kami berdepan kesukaran. Menang dalam keadaan begini bagus untuk pasukan dan pemain,” kata Conte.

Spurs melakukan dua percubaan tepat dalam tempoh 90 saat pertama, dan memperoleh gol pertama seawal minit ke-14 menerusi Son Heung-min.

Lucas Moura kemudian menyempurnakan hantaran Harry Kane untuk menewaskan penjaga gol Vitesse, Schubert dan gol ketiga Spurs hadir selepas percubaan Kane diheret Jacob Rasmussen ke dalam gawang sendiri.

LUCAS Moura (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

Rasmussen menebus kesilapan dengan menanduk gol pertama Vitesse empat minit kemudian, diikuti jaringan Matus Bero.

Kemenangan itu melonjak Spurs ke tangga kedua Kumpulan G, tiga mata di belakang pendahulu, Rennes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya