LONDON: Chelsea mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas membenam Leicester City 3-0 di Stadium King Power, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Thomas Tuchel mendahului pada minit ke-14 menerusi Antonio Rudiger sebelum N’Golo Kante meledak gol kedua di minit ke-28.
Pemain tengah, Christian Pulisic melengkapkan gol ketiga Blues pada minit ke-71.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di persada liga dengan 29 mata, enam mata di depan pencabar terdekat, Manchester City yang akan berdepan Everton esok.
Sementara itu, prestasi tidak menentu anak buah Brendan Rodgers meletakkan mereka di kedudukan ke-12 dengan 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan. – AGENSI