LONDON: Michael Carrick mengambil tindakan berani meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan apabila Manchester United bertemu pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebentar lagi.
Carrick yang menggalas tanggungjawab pengurus sementara buat kali terakhir sebelum United diambil alih Ralf Rangnick sebaliknya menyenaraikan Marcus Rashford dan Jadon Sancho mengetuai serangan.
Ini kali keempat Ronaldo tidak berada dalam kesebelasan utama United daripada sembilan perlawanan liga musim ini.
Keputusan Carrick menurunkan gandingan Rashford-Sancho menguatkan teori Red Devils bersedia untuk menggunakan taktik serangan balas dalam perlawanan itu. – AGENSI