Brendan nafi Selangor potong gaji kerana kanser - Utusan Malaysia

Brendan nafi Selangor potong gaji kerana kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika Selangor terpalit dengan andaian telah memotong gaji pemainnya kerana menghidap kanser, Brendan Gan tampil menafikan dakwaan itu.

Tonggak tengah kebangsaan tersebut dalam media sosial menegaskan, majikannya sentiasa mematuhi kontrak yang sudah ditandatangani.

“Saya sudah melihat dan membaca apa yang diperkatakan dalam media sosial dan saya lihat perkara ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara.

“Tetapi saya mahu menjelaskan bahawa Selangor mematuhi kontrak 2021 saya sepenuhnya.

“Ayuh fokus untuk perlawanan penting malam ini (menewaskan Kuching City 2-1) dan menyokong barisan pemain untuk membawa pulang tiga mata,” katanya.

Selangor yang dihujani pelbagai pertanyaan turut mengeluarkan kenyataan hari ini untuk menjelaskan mereka sentiasa mematuhi setiap peruntukan yang sudah ditetapkan dalam kontrak pemain.

“Hari ini Selangor FC banyak menerima pertanyaan berkenaan status pemain kami yang sedang melawan kanser.

“Di sini kami ingin menjelaskan bahawa pihak kelab sudah memenuhi semua kewajipan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak dari awal hingga hari ini dan kami akan terus melakukannya sehingga tamat mana-mana kontrak sedia ada.

“Untuk sebarang urusan kontrak masa hadapan, adalah sedia maklum bahawa pengaturan baharu akan dibuat atas persetujuan bersama.

“Di Selangor FC, kami sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pemain kami. Kita kalah bersama, kita menang bersama,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya