Brendan Gan kekal bersama Selangor musim depan - Utusan Malaysia

Brendan Gan kekal bersama Selangor musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brendan Gan yang pernah terpalit dengan dakwaan dipotong gaji kerana kanser membuktikan kesetiaan kepada Selangor apabila menandatangani kontrak baharu.

Selangor FC dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan kapten mereka berusia 33 tahun itu telah bersetuju dengan perjanjian baharu dan akan kekal sebagai pemain mereka untuk musim 2022.

Bintang tengah Harimau Malaya itu terlepas separuh musim 2021 selepas disahkan menghidap kanser kanser testis, Julai lalu.

Awal bulan ini, pemain kelahiran Australia itu menafikan gajinya dipotong oleh Red Giants kerana dia menghidap kanser.

Katanya, pasukan itu selaku majikannya sentiasa mematuhi kontrak yang sudah ditandatangani.

“Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan kapten kelab, Brendan Gan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dan akan kekal sebagai pemain Red Giants untuk musim 2022.

“Sejak berpindah dari Perak pada 2020, Brendan telah menjadi tokoh penting di Selangor, bukan sahaja sebagai pemain bola sepak tetapi sebagai contoh teladan.

“Dia telah menjadi simbol inspirasi di Selangor FC dengan keyakinan, dorongan dan tenaganya ketika melawan kanser yang memaksanya untuk tidak bermain sejak enam bulan lalu.

“Kapten telah bekerja keras untuk kembali ke padang dan tidak lama lagi akan menyertai latihan pasukan utama.

“Brendan Gan adalah cahaya harapan untuk beribu-ribu orang dan kelab berbangga memilikinya di Selangor FC. Kami akan terus menyokongnya dalam perjalanannya untuk kembali ke tempat asalnya – di atas padang.

“Selangor FC yakin bahawa Brendan akan kembali lebih kuat dari sebelumnya,” kata Selangor FC dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya