Bila Ole akan dipecat? - Utusan Malaysia

Bila Ole akan dipecat?

Ole Gunnar Solskjaer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jawatan pengurus Manchester United yang disandang Ole Gunnar Solskjaer semakin terancam, malah kem Red Devils kini diselubungi suasana ‘bila dia akan dipecat, bukannya apakah dia akan dipecat.”

Solskjaer mengambil peluang rehat antarabangsa untuk pulang ke Norway bersama keluarga dan melupakan seketika masalah dihadapinya.

Begitupun, suasana di Old Trafford kini tidak begitu me­nyeronokkan dan pengendali berusia 48 tahun itu dikatakan dalam proses ‘meletak jawatan’.

Rekod enam kekalahan dalam 12 perlawanan terakhir, terma­suk tewas memalukan di laman sendiri dua kali berturut-turut kepada pencabar utama, Liverpool dan Manchester City menambah tekanan Solskjaer.

Hanya dua minggu lalu mereka dibelasah 0-5 oleh Liverpool dan kemudian 0-2 kepada City, iaitu kekalahan keenam dalam 12 perlawanan (semua pertandingan).

Red Devils kini di kedudukan keenam Liga Perdana, sembilan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea selepas hanya 11 perlawanan.

United sudahpun tersingkir daripada saingan Piala Liga dan kemaraan mereka ke aksi kalah mati Liga Juara-Juara belum ­disahkan.

KEKALAHAN 0-2 kepada Manchester City dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu menambah tekanan Ole Gunnar Solskjaer.

Legenda United, Gary Neville mengakui, prestasi bekas pasukannya sejak beberapa minggu ini ‘sukar diterima’ tetapi me­negaskan Solskjaer tidak mungkin dipecat.

“Saya fikir pemain mengambil berat (kedudukan pasukan).

“Ketika saya meninggalkan Old Trafford dulu, saya pernah terfikir ‘apakah pemain benar-benar bersama kami (barisan kejurulatihan).

“Melihat pemain yang ada sekarang, saya tidak fikir mereka kurang kesungguhan atau kemahuan.

“Saya fikir mereka sebenarnya mahu melakukan yang terbaik dan setiap mereka mahu berada di Manchester United.

“Bagaimanapun, mereka kelihatan seperti bergelut dengan prestasi ketika ini. Saya percaya perkara ini akan berlaku kepada mana-mana pasukan setiap musim.

“Musim lalu, orang bercakap mengenai kedudukan kedua dalam liga sebagai satu kemajuan, ketika ini pula tidak ada kemajuan. Ia perlu diubah de­ngan cepat. Berdepan kelab besar, mereka dilihat agak terdesak.

“Sememangnya tugas sebagai pengendali adalah harus bersedia dari segi emosi, tekanan dari dalam dan luar padang,” ujar ­Neville. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya