Berlari atas padang atau berenang di kolam buaya? - Utusan Malaysia

Berlari atas padang atau berenang di kolam buaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Kenapa di JDT De Paula tak jogging tetapi dia kerap membuat high pressing? kerana di JDT jikalau berlari sambil lewa dia berenang di kolam buaya, mudah”.

Komen yang ditinggal pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosial mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak negara.

Beliau meninggalkan jawapan itu bagi menjawab persoalan berkaitan aksi rajin ‘berlari’ yang dipamerkan penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula apabila beraksi bersama pasukan Harimau Selatan.

Ia seolah-olah menjadi jawapan, bagaimana untuk meningkatkan tahap kerajinan buat pemain seperti De Paula.

De Paula sebelum ini, dikritik hebat oleh pemerhati bola sepak dan juga peminat bola sepak negara susulan aksi ‘malas’ ditunjukkan pemain kelahiran Brazil itu ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Bagaimanapun, pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe tetap menaruh keyakinan kepada De Paula untuk mengetuai jentera serangan negara dan menyifatkan pasukan Harimau Malaya tidak memiliki penyerang tulen.

Memiliki reputasi agak baik sepanjang beraksi di Liga Malaysia, penyerang berusia 35 tahun itu sebenarnya mampu untuk berlari namun perkara itu hanya dilakukan apabila beraksi bersama kelab bukan negara.

Ramai peminat dan juga pemerhati berasa hairan apabila menyaksikan corak permainan yang bertenaga diperagakan De Paula ketika membantu JDT melakar kemenangan 4-0 ke atas Kelantan FC, Ahad lalu, malah turut mencetak nama sebagai penjaring.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya