LONDON: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) digesa menggugurkan ekuestrian dalam Sukan Olimpik, tegas kumpulan aktivis Masyarakat untuk Rawatan Haiwan Beretika (Peta) kelmarin.
Peta pernah membuat tuntutan itu ketika Olimpik 2020 di Tokyo, Ogos lalu dan berkata, mereka menerima tekanan daripada pembela haiwan agar IOC memodenkan ekuestrian.
“Kami fikir mereka badan yang akan membawa perubahan. Sukan Olimpik telah berkembang bertahun-tahun. Sukan croquet juga pernah dipertandingkan.
“Begitupun, nilainya sudah berubah. IOC perlu sedar tentang perkembangan ini.
“Kami telah menulis surat sejak Ogos lalu menggesa mereka menggugurkan semua acara kuda daripada Olimpik,” kata Naib Presiden Peta, Kathy Guillermo.
Pada temasya Tokyo, jurulatih pentatlon Jerman, Kim Raisner mencetus kemarahan ramai selepas dilihat ‘menumbuk’ kuda milik atletnya, Annika Schleu kerana enggan melompat melepasi pagar.
Tindakan itu menyebabkan Yayasan Pentatlon Moden memberi kad hitam, sekali gus menyingkirkannya daripada temasya. – AGENSI