'Adik' sudah layak, 'abang' bila pula? - Utusan Malaysia

‘Adik’ sudah layak, ‘abang’ bila pula?

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 di Uzbekistan tahun depan selepas seri 0-0 dengan Thailand dalam aksi terakhir kelayakan di Mongolia kelmarin. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas ‘adik’, diharap ‘abang’ pula dapat mengikuti jejak langkah mereka untuk melayakkan diri ke Piala Asia selepas kali terakhir Harimau Malaya layak secara merit pada 1980 di Kuwait.

Bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah berkata, beliau bagaimanapun tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sedar tahap kesukaran berbeza yang akan dihadapi Harimau Malaya berbanding skuad bawah 22 tahun (B-22) negara.

“Sudah tentu saya juga mengharapkan skuad senior kita layak ke Piala Asia, sama seperti pasukan junior.

“Begitupun, kita perlu sedar tahap kesukaran antara skuad B-22 dan Harimau Malaya tak sama. Terdapat banyak faktor boleh mempengaruhi untuk melayakkan diri ke Piala Asia.

“Skuad junior beraksi dalam kalangan umur mereka, sedang­kan pasukan senior, rata-rata akan dibarisi pemain berpengalaman. Memang jauh beza.

“Kita juga mengharapkan ‘tuah’ dalam undian kumpulan nanti.

“Kalau kita tengok skuad B-22 diundi bersama Mongolia, Laos dan Thailand, di mana ketiga-tiga pasukan ini setaraf dengan kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

PASUKAN Harimau Malaya memerlukan seorang jurulatih yang bukan sahaja komited tetapi mampu membuat perubahan 360 darjah.

Kelmarin, skuad bimbingan Brad Maloney layak ke Piala Asia B-23 2022 Uzbekistan selepas muncul juara Kumpulan J dalam kempen kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia.

Harimau Malaya, yang dikendalikan Tan Cheng Hoe pula, bakal beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 secara berpusat di China pada Jun tahun depan.

Sehingga hari ini, sudah 41 tahun Malaysia tidak beraksi di peringkat benua, dengan kali terakhir mereka layak ke Piala Asia secara merit pada 1980 yang berlangsung di Kuwait.

AZRAAI KHOR ABDULLAH

Begitupun, skuad kebangsaan pernah beraksi di Piala Asia 2007, apabila empat negara di Asia Tenggara menjadi tuan rumah iaitu melibatkan Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Sepanjang tempoh tersebut, sudah sembilan edisi kejohanan Piala Asia berlangsung dan Malaysia gagal melayakkan diri ke pentas itu.

Jika gagal ke Piala Asia 2023 China, bermakna angka itu akan meningkat menjadi 47 tahun (edisi 2027).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya