West Ham tamatkan dominasi Manchester City - Utusan Malaysia

West Ham tamatkan dominasi Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara bertahan, Manchester City disingkirkan oleh West Ham dalam saingan Piala Liga, sekali gus menamatkan dominasi empat tahun mereka.

Perlawanan di Stadium London itu terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang dimenangi Hammers 5-3 selepas aksi sebenar berkesudahan 0-0.

Selepas Manchester United tersingkir, juga di tangan West Ham pada pusingan terdahulu, bermakna Piala Liga kali ini tidak akan menjadi milik kelab dari Manchester buat kali pertama sejak 2015.

KEVIN de Bryune melangkah untuk mengambil sepakan penalti buat Manchester City.

Phil Foden pemain tunggal yang gagal menyempurnakan penalti buat City ketika Mark Noble, Jarrod Bowen, Craig Dawson, Aaron Cresswell serta Said Benrahma kesemuanya meledak gol buat skuad kendalian David Moyes.

“Tiada apa yang kekal.

“Kami berjuang bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan dan kejohanan ini.

“Muncul juara empat kali berturut-turut pencapaian menakjubkan dan musim depan kami akan cuba memenanginya semula,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Turut mengesahkan tiket ke suku akhir adalah gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Tottenham dan Leicester City.

 

TAKUMI Minamino (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

 

Liverpool yang membariskan skuad kedua berpeluang memenangi Piala Liga buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun selepas menang 2-0 di Preston.

Jaringan Takumi Minamino dan Divock Origi pada babak kedua membawa Reds ke suku akhir selepas bermula hambar.

“Sebagai satu pasukan kami beraksi baik, secara individu saya lihat beberapa aksi menarik dan ia okay.

“Kami gagal memanfaatkan 11 peluang yang diperolehi, namun yang penting berjaya ke peringkat seterusnya,” kata pengurus Reds, Jurgen Klopp.

LUCAS menjaringkan gol tunggal Tottenham.

Misi Tottenham untuk meraih trofi pertama sejak memenangi Piala Liga 2008 turut berada di landasan tepat selepas skuad kendalian Nuno Espirito Santo mengatasi Burnley, 1-0 menerusi jaringan tunggal Lucas Moura.

Dalam aksi lain, Leicester yang terikat 2-2 berdepan Brighton mara menerusi penentuan penalti selepas menang 4-2, manakala Brentford turut menempah tempat dalam kelompok lapan terakhir dengan mengatasi Stoke City 2-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya