Tok Gajah kembali 'bernyawa' - Utusan Malaysia

Tok Gajah kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sri Pahang menghidupkan kembali peluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas membenam Penang FC 4-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Selepas kalah dalam dua aksi pembukaan, kemenangan itu nyata melegakan Tok Gajah yang kini mendaki ke tangga ketiga Kumpulan A.

Sri Pahang sebelum ini memulakan kempen dengan langkah sumbang apabila kalah 1-3 kepada Kuala Lumpur Ciry dan tumpas 0-1 di tangan Sarawak United.

Anak-anak buah Dollah Salleh bagaimanapun mempamer keinginan tinggi untuk memburu kemenangan di Stadium Darul Makmur apabila membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi Abdul Malik Mat Ariff.

Hanya dua minit selepas babak kedua bersambung, pemain import tuan rumah, Manuel Hidalgo menggandakan kedudukan untuk menambah tekanan Penang FC.

Abdul Malik sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila menambah gol ketiga tuan rumah pada minit ke-55 sebelum Abubakar Yakubu melengkapkan kemenangan 4-0 di minit ke-72.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya