Tiada pelanggaran gelembung sukan - Utusan Malaysia

Tiada pelanggaran gelembung sukan

PENGURUSAN Negeri Sembilan enggan menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya memberi tumpuan kepada pemulihan semua anggota pasukan yang dijangkiti Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) menegaskan, tiada pe­langgaran gelembung sukan berlaku dan mereka tidak bercadang melakukan siasatan ekoran 24 anggota pasukan dijang­kiti ­Covid-19 hingga terpaksa menarik diri daripada Piala Malaysia.

Pengurus Besar NSFC, Firdaus Bhari menegaskan, fokus pihak pengurusan ketika ini adalah memastikan setiap pemain dan pegawai yang dijangkiti kembali pulih.

“Tentu kita masih mengguna pakai gelembung sukan, setakat ini tiada siapa-siapa yang langgar, malah di pihak kami juga tidak mengetahui bagaimana ia boleh menjangkiti.

“Apabila ada pemain me­ngadu terdapat simptom, pihak pengurusan segera ambil tindakan.

“Kami tidak mahu salahkan siapa-siapa, fokus ketika ini adalah untuk memastikan pemain dan pegawai terlibat dapat kembali pulih se­perti biasa,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seramai 20 orang pemain dan empat pegawai pasukan NSFC dijangkiti Covid-19.

Ia memaksa pasukan untuk tidak meneruskan baki saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia dan enggan melibatkan pasukan lain demi menjaga gelembung sukan bola sepak serta menjaga keselamatan pegawai dan pemain.

Sementara itu, Firdaus memberitahu, baki pegawai dan pemain yang tidak dijangkiti telah melakukan ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) kali kedua, semalam.

“Mereka telah melakukan ujian saringan tersebut buat kali kedua hari ini (semalam) dan keputusan dijangka diperoleh esok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya