Tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan Zii Jia - Utusan Malaysia

Tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi Lee Zii Jia mula menimbulkan kebimbangan selepas jaguh perseorangan negara itu disingkirkan pemain No. 40 dunia, Loh Kean Yew pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis kelmarin.

Zii Jia gagal memenangi sebarang kejuaraan sejak menjulang gelaran All England, Mac lalu, malah dalam tempoh tujuh bulan, prestasinya tidak menentu.

Kelmarin, dia ditunjukkan jalan keluar oleh Kean Yew 22-20, 14-21 di pusingan pertama.

Apakah keletihan kerana ­beraksi dalam empat kejohanan berturut-turut menjadi faktor kekalahan atau lawan mudah membaca permainannya? Itu persoalan peminat badminton.

Ketua jurulatih perseorangan, Hendrawan bagaimanapun tidak panik dengan kekalahan anak didiknya itu, sambil menegaskan tiada apa perlu dibimbangkan.

LOH KEAN YEW

“Dia mudah sahaja, semalam Zii Jia kalah kerana lawannya bermain lebih baik. Sekarang, dia perlu berehat dan kami akan kembali dalam kejohanan lain.

“Masih banyak pertandingan menanti dan peluang untuk memenangi kejohanan lain masih ada,” kata Hendrawan kepada Utusan Malaysia.

Zii Jia sebelum ini menjadi tonggak Malaysia dalam Piala Sudirman di Finland dari 26 September hingga 3 Oktober, sebelum berjuang di Denmark untuk Piala Thomas (9-17 Oktober) dan Terbuka Denmark (19-24 Oktober

Sementara itu, Kean Yew yang dilahirkan di Pulau Pinang mengakui, berlatih bersama Axelsen di Dubai banyak membantu meningkatkan permainannya.

LOH Kean Yew (kiri) pernah mengalahkan Lee Zii Jia ketika mereka bertemu di peringkat remaja. – IHSAN MEDIA SOSIAL

“Kemenangan ini sangat penting buat saya. Saya tidak pernah mengalahkannya, jadi sudah tentu ia meningkatkan keyakinan. 

“Berlatih bersama Viktor Axelsen di Dubai banyak membantu. Ia pengalaman yang bagus dan sudah tentu menyumbang kepada prestasi saya hari ini,” katanya, yang tewas dalam dua aksi terakhir menentang Zii Jia. 

Kemenangan ke atas Zii Jia hadir 12 tahun selepas Kean Yew menumpaskan jaguh negara itu untuk menjuarai saingan bawah 12 tahun pada Grand Prix Remaja Kebangsaan 2009 di Seremban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya