The TRW tenang hilang 2 import - Utusan Malaysia

The TRW tenang hilang 2 import

PEMAIN sayap Indonesia, Natanael Siringo Ringo antara tonggak import yang menjadi sandaran Kelantan FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tidak merasakan satu bebanan untuk mengharungi baki Piala Malaysia dengan hanya menggunakan dua pemain import, Christos Intzidis dan Natanael Siringo Ringo.

Sebaliknya, Rezal mencabar pemain tempatan, terutama bakat muda untuk merebut ke­sebelasan utama serta membuktikan keupayaan yang dimiliki.

Dua lagi pemain import The Red Warriors (TRW), Jack Hindle (England) dan Mario Arques (Sepanyol) dijangka tidak dapat beraksi sehingga hujung musim akibat kecederaan.

Situasi itu mendorong Rezal bergantung kepada sebahagian besar pemain tempatan.

“Saya beritahu pemain, fikirkan perkara ini dari sudut positif. Ketiadaan pemain-pemain import sebenarnya ruang buat mereka untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Saya rasa semakin hari pemain-pemain muda mula me­nunjukkan prestasi baik dalam perlawanan dan paling pen­ting, jangan sesekali anggap kita tidak boleh beri saingan biarpun dengan hanya dua pemain ­import.

REZAL ZAMBERY YAHYA

“Dalam bola sepak, sebelum kita bermain tiada sesiapa boleh tentukan siapa menang atau kalah tetapi prestasi pemain itu sendiri yang akan menentukan kita sebuah pasukan yang baik atau sekadar melengkapkan ­Piala Malaysia.

“Kita akan terus berikan sai­ngan kerana tiada apa yang mustahil. Sebab itu tidak salah untuk kami meletakkan sasaran layak ke suku akhir, ” kata Rezal.

Beberapa pemain tempatan seperti Nurshamil Abdul Ghani, Syed Sobri Syed Mohamad dan Dzulfahmi Hadi dilihat begitu menyerlah sepanjang membantu Kelantan FC mengharungi kempen Liga Perdana.

Selepas dua perlawanan Kumpulan D, Kelantan menca­tat satu keputusan seri semasa berdepan Sabah 2-2 dan tewas 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pembukaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya