Terengganu hampiri suku akhir Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Terengganu hampiri suku akhir Piala Malaysia

PEMAIN Terengganu FC, Lee Tuck (tengah) cuba melepasi halangan pemain Perak, Danish Haziq (kanan) dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam ini. UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Terengganu FC mengukuhkan cengkaman pendahulu Kumpulan B saingan Piala Malaysia apabila menang selesa  4-1 ke atas Perak di Stadium Perak, di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, anak-anak buah Nafuzi Zain semakin menuju ke suku akhir apabila mengutip sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Begitupun, kemenangan yang diraih tidak mudah buat skuad Sang Penyu apabila diberikan tentangan sengit oleh pasukan tuan rumah terutama pada babak pertama.

Jangkaan Terengganu akan mendapat laluan mudah selepas pernah menumpas pasukan dengan keputusan 0-2 dan 0-5 dalam perlawanan Liga Super sebelum ini, ternyata meleset.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 45 minit pertama dengan Terengganu membuka jaringan melalui Mohamad Faizal Abdul Halim pada minit ke-10.

Sergio Aguero bagaimanapun memadam kelebihan Terengganu apabila menyempurnakan sepakan penalti 13 minit kemudian untuk pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun Perak terkulai pada separuh kedua apabila Terengganu memusnahkan mereka dengan tiga jaringan gol.

Dua jaringan Lee Tuck dan satu gol sendiri pemain Perak cukup untuk menceritakan keperitan dihadapi anak buah Shahril Nizam Khalil.

Adalah jelas semangat semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan buat pasukan Perak b

erikutan kedangkalan pengalaman dan kekurangan pemain berkualiti untuk menyaingi lawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya