Solskjaer tunggu masa dipecat - Utusan Malaysia

Solskjaer tunggu masa dipecat

OLE GUNNAR SOLSKJAER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjaga gol legenda, Peter Schmeichel menyelar mereka yang mendesak Ole Gunnar Solskjaer dipecat, namun bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Didier Hamann percaya, Manchester United hanya menunggu masa untuk menyingkirkan jurulatih kelahiran Norway itu.

Schmeichel membandingkan Solskjaer dengan beberapa pengurus ternama yang pernah membimbing kelab seperti Jose Mourinho dan Louis van Gaal yang dianggap tidak mengetahui ‘DNA’ Red Devils.

United hanya mengutip satu mata daripada dua aksi terakhir liga di Old Trafford selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa dan seri 1-1 dengan Everton, yang menyaksikan dia meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan hingga mencetus kemarahan penyokong.

Mereka juga memerlukan jaringan Ronaldo pada waktu kecederaan untuk mengalahkan Villarreal 2-1 pada saingan Liga Juara-Juara.

CRISTIANO RONALDO (kanan) dimasukkan pada minit ke-57 menggantikan Edinson Cavani  ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

“Saya fikir ia (pemecatan) mengarut, sangat mengarut. Apakah mereka mahu seorang lagi Van Gaal atau Mourinho? Apa yang mereka mahu?.

“Saya sudah penat melihat pengurus yang kononnya nama besar dibawa masuk. Mereka tidak peduli tentang pembangunan remaja atau DNA kelab seperti mana Ole.

“Tempoh sebelum dia (Solskjaer), ramai pemain datang dan jurulatih keluar, jadi semua perlu dibina semula,” kata bekas bintang United itu kepada

Sementara itu, bekas bintang te­ngah Jerman, Ba­yern Munich, Liverpool, Manchester City serta Newcastle, Hamann percaya, United tidak berkembang di bawah Solskjaer.

Kekalahan 1-2 kepada kelab kerdil Switzerland, Young Boys dalam aksi sulung Liga Juara-Juara, selain di­singkirkan West Ham pada Piala Liga bakal mengancam kedudukannya.

JADON Sancho (kanan) tidak berkembang di bawah Ole Gunnar Solskjaer biarpun amat menyerlah bersama Borussia Dortmund.

“Satu-satunya sebab me­ngapa United masih dalam perlumbaan merebut gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara adalah Cristiano Ronaldo.

“Saya bahkan tidak tahu di mana mereka akan berada tanpa jaringan dia (Ronaldo) .

“Old Trafford dulu sebuah ‘Teater Impian’, namun sekarang ia lebih seperti seperti mimpi buruk daripada impian.

“Mereka tidak mempamer aksi bola sepak yang baik. (Jadon) Sancho jauh dari jangkaan, saya tidak faham.

“Saya percaya tekanan kepada pengurus akan mening­kat. Mereka mungkin memecatnya kerana dia sudah lama di sana tetapi tidak ba­nyak kemajuan,” katanya kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya