Skuad campuran jumpa Kanada - Utusan Malaysia

Skuad campuran jumpa Kanada

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menurunkan barisan berpengalaman dan pemain muda apabila berdepan lawan yang dianggap paling lemah dalam Kumpulan D, Piala Thomas, Kanada esok.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim berkata, keputusan itu bagaimanapun perlu mengambil kira peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya meraih tiga mata bagi memastikan kemena­ngan.

Katanya, kemenangan ke atas Kanada adalah perlu untuk Malaysia mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke suku akhir.

“Tidak kisah sama ada pemain pengalaman, pemain muda atau kombinasi selagi mana kita boleh menang sebab perlawanan ini penting untuk kita.

“Selagi mana boleh pastikan tiga mata itu sudah cukup, bukan kita minta lagi dua kalah tetapi kita boleh letakkan pemain junior untuk perlawanan ini.

“Kena ingat kalau kalah dengan Kanada, memang memalukan. Orang akan bercakap sampai sampai bila-bila, jadi kena hati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ketiadaan England yang menarik diri dari saingan itu menyaksikan Malaysia hanya perlu sekurang-kurangnya menang ke atas Kanada untuk menjamin tempat di suku akhir.

Kapten, Lee Zii Jia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mungkin direhatkan dan peluang mungkin diberikan kepada Ng Tze Yong atau Cheam June Wei bagi menggalas cabaran perseorangan pertama.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mungkin akan diturunkan sebagai perseorangan pertama dalam perlawanan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya